JUNGLE CLEANUP - TANJUNG TUAN WILDLIFE RESERVE
Jungle Cleanup 2 - Tanjung Tuan Wildlife Reserve program anjuran bersama Perhilitan, Kelab Orang Hutan Malaysia (KOHM), Politeknik Port Dickson (PPD), SWM Environment.
Program yang diadakan adalah sebahagian daripada usaha untuk menjaga dan memelihara keindahan flora dan fauna yang terdapat di sekitar Tanjung Tuan. Program dimulakan dengan sesi pendaftaran para peserta dan taklimat program oleh wakil Perhilitan dan aklimat JC oleh KOHM. Selanjutnya para peserta dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan dan bergerak ke lokasi masing-masing iaitu :
1. Laluan pantai ke pulau masjid, naik ke rumah api.
2. Laluan ke rumah api(jalan raya) ke pulau intan.
3. Laluan pantai ke monkey bay, naik ke batu putih, ke rumah api.
4. Laluan jalan raya ke rumah api ( untuk peserta BMI lebih )
Menjelang tengahari para peserta diminta berkumpul bagi pemeriksaan keselamatan, mengumpulkan sampah untuk pengasingan dan sesi fotografi. Kesemua peserta berpeluang menikmati keindahan hutan, pantai dan hidupan liar iaitu burung helang.