JOTA 62nd JOTI 23rd : Gemilang di SNP Sandakan
Teruja dan penuh pengetahuan merupakan sinonim kepada Program bertaraf Antarabangsa JOTA JOTI sememangnya punya objektif dan misi yang berbeza berbanding program pengakap yang pernah dilalui oleh setiap ahli pengakap. Jambori Di Udara Kali Ke-62 dan Jambori Di Internet Kali Ke-23 yang dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah (PPMCS) bagi Zon Bahagian Sandakan begitu gemilang dengan kehadiran peserta seramai lebih 500 orang pada kali ini di stesen Scout Nature Park, Sandakan bermula 18-20 Oktober 2019 yang juga serentak diadakan di seluruh Malaysia dan beberapa stesen JOTA JOTI di beberapa negara luar. Pelbagai aktiviti dijalankan termasuklah dengan mendedahkan dan memperkenalkan penggunaan Radio Amatur kepada para peserta dan penggunaan komunikasi secara terus menggunakan internet yang juga dikendalikan oleh Kelab Radio Amatur Borneo dan ahli Sabah Scout Rescue and Relief Team. Majlis penuh gemilang ini disempurnakan oleh YB Arunarnsin Taib, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah diiringi Datuk Awang Zainie Haji Suntim, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah.