Jom Cemerlang Solat

1. Terdapat murid-murid yang masih belum menguasai bacaan dan perbuatan dalam solat 2. Membantu murid untuk mempunyai penguasaan yang tinggi dalam menunaikan kewajipan bagi seorang muslim 3. Untuk membina hubungan yang baik dengan warga Sekolah Kebangsaan Relong
Kem ini diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Relong, Kuala Lipis. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tahap umur dan kelas masing-masing. Peserta diberikan modul dan dikehendaki untuk membaca bacaan dalam solat sambil dipantau oleh fasilitator. Selepas itu, peserta diajar tentang anggota wudu' dan cara mengambil wudu' yang sebenar. Seterusnya, eksplorasi mengikut stesen dijalankan iaitu peserta dapat bermain sambil diuji berkaitan penguasaan solat.
Murid dapat mengetahui kepentingan solat di samping dapat menguasai bacaan dan perbuatan serta mengaplikasikannya dengan baik dan lancar. Melalui program ini juga, fasilitator dapat menjalinkan hubungan dengan baik dengan para peserta dan guru-guru Sekolah Kebansaan Relong. Hubungan baik ini dapat menatijahkan lebih banyak program yang bakal diadakan untuk membantu para peserta khususnya
Dapat merasai sendiri pengelaman menjadi seorang guru di sekolah dan mengendalikan lebih 20 orang murid di dalam sebuah kelas. Saya juga dapat membantu murid-murid untuk menambahkn penguasaan dalam ibadah solat. Bagi penambahbaikan, program ini akan dianjurkan dengan lebih lama lagi iaitu lebih daripada sehari untuk memastikan murid-murid betul betul menguasai perbuatan dan bacaan dalam solat
Started Ended
Number of participants
10
Service hours
80
Beneficiaries
220
Location
Malaysia
Topics
Humanitarian action
Communications and Scouting Profile
Partnerships

Share via

Share