
JOHOR INTERNATIONAL AGOONOREE 2018 bersama Petugas KLM17 IPGKTI
Kami guru- guru pelatih pengakap IPGKTI KLM17 telah menjalankan sebuah khidmat komuniti dalam Agoonoree Johor Peringkat Antarabangsa 2018 di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor. Saya telah ditugasakan untuk memberi perkhidmatan di 2 bahagian iaitu pada sesi pagi saya bertugas membantu Encik Ali, di booth Radio Amatur. Manakala, pada sebelah petang pula, saya berkhidmat membantu peserta pengakap di booth penghasilan kerepek ubi. Kami hanya berpeluang memberikan perkhidmatan dalam Agoonoree tersebut pada hari itu sahaja akibat kekangan masa kami di IPG. Namun begitu, peluang yang diberikan kepada kami untuk berkhidmat tidak dipersia-siakan dan menjadi sebuah pengalaman dan kenangan yang terindah kepada saya dan rakan- rakan lain.