
Johor Contingent : 1st Malaysia Native Scouts Jamboree
31 Oktober 2019, Kuantan Pahang : Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor seramai 130 orang telah menyertai 1st Malaysia Native Scouts Jamboree bermula 28 hingga 31 oktober 2019 bertempat di Kolej Matrikulasi Gambang, Kuantan Pahang. Jumlah penyertaan keseluruhan adalah seramai 1300 orang telah berlangsung dengan jayanya dan Johor telah dinobatkan sebagai Johan Persembahan Malam Kebudayaan dengan mempersembahkan tarian suku seletar bertajuk Tarian Ketam Bangkang (Yok Sang).
28 oktober, Kontinjen mula bertolak dan berkumpul di Dataran Yong Peng diikuti dengan majlis penyerahan bendera dan sesi bergambar. Kami tiba di lokasi kem pada jam 4.30 petang dan mula mendirikan kawasan penempatan. Pada sebelah malam, kami di sajikan dengan konsert “kugiran” tempatan selepas sesi taklimat kontinjen selesai. Pada 29hb oktober kami bergerak ke lokasi lawatan dengan menaiki bas yang disediakan pihak pengelola. Antara lokasi lawatan ialah kem Rejimen askar melayu (RAMD), Kem Tentera Udara (TUDM) dan lawatan sekitar bandar Kuantan. Pada sebelah malam, dilangsungkan malam kebudayaan dengan tema “WARNA WARNI WARISAN
BUDAYA”. Pelbagai persembahan dari wakil negeri-negeri antaranya tarian
peribumi sarawak, tarian asli melayu, tarian seletar, tarian sewang. Satu pengalaman yang baru dan perkongsian yang amat menarik dan menghiburkan. Antara pengisian dan aktiviti sepanjang jambori ialah stesen aktiviti lasak seperti berkayak, abseiling, water confident. Juga terdapat stesen mengenali budaya asli malaysia seperti permainan dan bahasa. Selain itu stesen radio amatur, stesen cabaran stream, stesen kemahiran kepengakapan turut di adakan bagi mengasah kemahiran dan minda ahli pengakap. 30 oktober, Majlis penutupan pula telah di adakan pada sebelah malam terakhir. Kontinjen Johor telah membuat persiapan rapi dengan menyediakan kemudahan generator dan pendawaian lampu, “sick bay” serta alatan dapur memasak untuk kemudahan dan kegunaan kontinjen. Akhir sekali, bagi menghargai komitmen dan kehadiran Ahli Jawatankuasa Kontinjen, mereka telah menerima cenderahati sebagai kenang-kenagan dari pengurusan kontinjen. Para peserta dan pemimpin telah bertolak pulang ke Johor pada 31 oktober 2019 dengan selamat. Semoga hubungan kerjasama seperti ini akan berterusan dan berkekalan. Salam Pengakap !