
JIKA BUKAN KITA, SIAPA LAGI?
SAMBUTAN HARI KEAMANAN SEDUNIA 2020 KUMPULAN PENGAKAP KE-88 (TERBUKA) KUALA TERENGGANU : ‘PLOGGING’
Pada 19 September 2020, Kumpulan Pengakap Ke-88 (Terbuka) telah mengadakan aktiviti ‘plogging’ bersempena Sambutan Hari Kemanan Sedunia 2020. Aktiviti ini telah diadakan di Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu. Aktiviti ini telah disertai oleh seramai 36 orang. Mereka semua menyertai aktiviti ini secara sukarela. Mereka terdiri daripada Ahli Pengakap, Pemimpin, Penolong Pemimpin, penjaga dan juga bukan ahli Pengakap.
Aktiviti ‘plogging’ diadakan bagi menyihatkan badan sambil membersihkan kawasan persekitaran. Kawasan yang terlibat merangkumi taman rekreasi dan kawasan pantai. Kawasan ini juga merupakan antara kawasan tumpuan orang ramai. Oleh itu, pemilihan tempat ini juga mampu mempromosikan sambutan hari keamanan kepada orang awam. Hal ini kerana terdapat beberapa pengunjung di kawasan berkenaan bertanyakan kepada peserta tentang program yang dilaksanakan.
Selain itu, hasil daripada aktiviti yang dijalankan, botol-botol air mineral turut dikumpul untuk dihantar ke pusat kitar semula. Semua peserta kelihatan gembira dengan hasil yang telah diusahakan.