Profile picture for user zek_1
Malaysia

Jamuan Raya Menyerikan Istiadat Pengalungan Rambu

Pada mulanya,saya bersama rakan-rakan pengakap yang ketika itu duduk di Asrama SMK Engku Husain,Semenyih Selangor Darul Ehsan.Kami selaku Calon Pengakap Raja pada ketika itu dimaklumkan dengan informasi berkenaan program Majlis Pemakaian Rambu PKK Dan PM yang akan dijalankan serentak bersama Jamuan Raya PPM Daerah Kajang.Kami ketika itu seramai 10 orang mewakili kumpulan Pengakap 22 Kajang untuk berkhidmat sebagai sukarelawan serta urusetia bagi memastikan program berjalan dengan lancar.

Majlis Pemakaian Rambu PKK Dan PM & Jamuan Raya Aidilfitri PPM Daerah Kajang 2019 mengambil tempat di SK Leftenan Adnan,Sungai Ramal Selangor pada 23 Jun 2019.Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberikan pengiktirafan kepada seramai hampir 300 orang ahli PKK serta PM yang berjaya memperoleh Rambu PKK serta PM.Seramai kira kira 25 orang sukarelawan yang merupakan Calon Pengakap Raja Daerah Kajang turut hadir membantu bagi melancarkan aktiviti program.

Melalui projek ini,Para sukarelawan mendapat impak yang positif didalam diri mereka.Sebagai contoh,kami dapat mempelajari sedikit sebanyak selok belok pengurusan acara.Selain itu,projek kesukarelawanan ini menyedarkan kami bahawa di setiap majlis yang gilang gemilang,ternyata ada pasukan belakang tabir yang bertungkus-lumus untuk memastikan perjalanan majlis lancar tanpa sebarang gangguan.Melalui projek seperti ini juga,kami didedahkan dengan kepentingan komunikasi serta sikap kerjasama.

Kesimpulannya,penglibatan diri didalam program kesukarelawanan bukan sahaja dinilai sebagai tugas yang mulia disisi tuhan,malah ia memberikan banyak kelebihan kepada individu terlibat.Sebagai contoh seorang pengakap dapat mempelajari soft skill malah ia memupuk sifat kepimpinan didalam diri individu.Selain itu menyertai projek kesukarelawanan dapat menyajikan kita dengan kenangan serta memori yang tidak ternilai.

Started Ended
Number of participants
350
Service hours
2800
Beneficiaries
350
Location
Malaysia
Topics
Youth Engagement
Communications and Scouting Profile

Share via

Share