JAMBORI PENGAKAP MALAYSIA KE-13
Assalamualaikum dan salam pengakap..
Saya wakil dari Ahli pengakap negeri Terengganu Menyertai jambori pengakap malaysia ke-13 bertempat di Taman Rekreasi Metropolitan Batu KL. Jambori ini disertai oleh pelbagai lapisan pengakap dari seluruh malaysia dan juga dari beberapa negara luar. Pelbagai aktiviti yang disediakan oleh penganjur selama 7 hari 6 malam berkhemah. Jambori ini sangat menarik dan lain dari yang lain kerana ianya merupakan jambori berkonsep perkhemahan dalam bandaraya.
Seramai 6,500 pengakap termasuk dari luar negara bakal berkampung sempena penganjuran Jambori Pengakap Malaysia ke-13 merangkap Jambori Antarabangsa Pengakap Kuala Lumpur .