Jambori Nusantara 2 2019

Jambori Nusantara 2 2019

Jambori Nusantara kali ke 2 pada tahun 2019 diadakan adalah bertujuan memberi pergerakan Pengakap membuka peluang kepada golongan kanak kanak & Remaja untuk mempunyai sifat kepimpinan yang baik. Bak kata dalam dalam slogan pengakap " Buat Sehabis Baik " memberi pendedahan, pengetahuan serta pengalaman serta aktiviti2 yg menarik kepada semua peserta yg terlibat. Jambori Nusantara 2 ini bermula 23 Mac hingga 26 Mac 2019 iaitu mengambil masa selama empat hari dan tiga malam. 

Perkhemahan ini diadakan di Kem Pengakap Tiku Tawau. Daerah Tawau mempunyai bandar yang ketiga terbesar di Sabah selepas Bandaraya Kota Kinabalu dan Bnadaraya Sandakan. Tawau juga mempunyai beberapa tempat menarik yang boleh dilawati oleh pelancong-pelancong sama ada dalam atau luar negera. Ini termasuklah Kem Pengakap Lagenda Tiku Tawau sebagai pusat aktiviti pengakap yang telah ditambah baik dari semasa ke semasa. 

Seramai 1500 orang peserta yang menyertai perkhemahan ini terdiri daripada Pesuruhjaya Daerah, Penolong Pesuruhjaya Daerah, Pemimpin, Kelana, Pengakap Muda dan Remaja serta Pengakap Kanak-kanak. Kesemua peserta yang terlibat adalah berasal dari pelbagai daerah di negeri ini. Termasuk Pramuka daripada seberang turut menjayakan Jambori Nusantara kali ke 2.

Pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti Ilmu pengakap, Khidmat masyarakat, Sukaneka, Malam Kebudayaan (semua jenis tarian tradisional dipertandingkan), Pioneering, Kraftangan(bertema), Standard camping(pemeriksaan dibuat setiap pagi), pintu gerbang yang dipertandingkan, pertandingan memasak(bertema), futsal, bola tampar dan sepak takraw. 

Secara keseluruhannya, matlamat akhir perkhemahan ini adalah supaya peserta dapat berdikari, memantapkan jati diri seorang pengakap dan berkongsi pengetahuan dengan masyarakat tentang aktiviti yang dijalankan.

Started Ended
Number of participants
1500
Service hours
36000
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Engagement

Share via

Share