JAMBORI MALAYSIA KE - 12, TERENGGANU INTERNATIONAL SCOUT JAMBOREE 2011 : HERITAGE EXPLORATION
Jambori Malaysia ke - 12 telah dilaksanakan di Terengganu selepas beberapa tahun tertangguh. Dengan bertemakan explorasi warisan, Jambori ini memaparkan keindahan dan sejarah warisan negeri Terengganu kepada seluruh pengunjungnya. Anggaran peserta yang hadir ke Jambori ini ialah seramai 3000 orang dan kontinjen Pengakap Johor sendiri menghantar ahli Pengakap melebihi 300 orang. Pelbagai aktiviti lasak dan kebudayaan diadakan dapat membentuk seorang ahli pengakap menjadi seorang yang berkebolehan dalam pelbagai aktiviti.