Malaysia

JAMBORI ANTARABANGSA PERAK @ Perak International Scouts Jamboree ( PIJ’14 )

JAMBORI ANTARABANGSA PENGAKAP PERAK DARUL RIDZUAN Perak International Scouts Jamboree ( PIJ’14 ) 24 hingga 30 November 2014 Teluk Batik, Lumut, Perak Darul Ridzuan. MAKLUMAT UMUM JAMBORI 1. PENGENALAN 1.1 Jambori Pengakap adalah salah satu aktiviti / kegiatan Persekutuan ini samada di peringkat Nasional, Negeri ataupun Daerah yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia. Bagi Jambori Antarabangsa Pengakap Negeri Perak Darul Ridzuan ini dianjurkan bersama oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. 1.2 Kegiatan-kegiatan yang akan dilaksanakan dalam Jambori ini adalah dipetik dari Skim Latihan Pengakap yang bertujuan untuk menguji kebolehan, kecekapan, kemahiran, kepimpinan ahli-ahli Unit ketika mereka menyertai kegiatan-kegiatan pengakapan semasa Jambori. 2. MATLAMAT Perhimpunan pengakap ini mampu mengeratkan hubungan silahturahim antara peserta serta bertukar-tukar idea berhubung aktiviti kepengakapan. 3. OBJEKTIF 3.1 Meningkatkan disiplin, kesopanan, sikap kerjasama, kerjasama berharmoni dan bertanggungjawab dalam kalangan peserta; 3.2 Berjumpa dan berpeluang bermesra serta berkenalan dengan pengakap dari dalam dan luar negeri; 3.3 Peserta dapat mempelajari dan mengetahui di samping memperolehi ilmu pengetahuan ketika aktiviti berlangsung; 3.4 Peserta-peserta dapat membuat refleksi diri dalam pencapaian kemahiran kepengakapan serta bertukar-tukar lencana; 3.5 Segala aktiviti yang dijalankan dapat membantu peserta mengetahui kebolehan, kecekapan, kemahiran serta kemampuan diri sendiri semasa menjalankan atau menyediakan projek; 3.6 Menerusi persembahan kebudayaan pula dapat memberi peluang kepada mereka menunjukkan bakat atau minat mereka dalam bidang kesenian melalui tarian, lakonan, seni suara dan sebagainya. 3.7 Peserta Jambori berpeluang mengenali destinasi pelancongan serta mengenali budaya Negeri Perak yang menarik sempena Tahun Melawat Perak 2014 melalui aktiviti yang akan diatur sepanjang jambori berlangsung. 4. KUMPULAN SASARAN/PESERTA 4.1 Peserta Jambori adalah terbuka kepada ahli-ahli pengakap muda dan remaja (umur 12 – 17 tahun) yang berdaftar dengan Persekutuan Pengakap Malaysia bagi tahun 2014 dan Pengakap jemputan antarabangsa. Kategori penyertaan:- -- Peserta Negeri Perak -- Peserta PPM Negeri-Negeri -- Luar Negara (Antarabangsa) 5. TEMA Tema Jambori ialah: ‘ Apresiasi Budaya Dan Pelancongan ’ 6. TARIKH DAN TEMPAT PELAKSANAAN Jambori ini akan diadakan selama 7 hari 6 malam yang meliputi pelbagai aktiviti termasuk lawatan sekitar Pantai Peranginan Teluk Batik, Pulau Pangkor dan Lumut Bandar Maritime dan Pelancongan di Daerah Manjung. Tarikh dicadangkan ialah: -- Pada 24 hingga 30 November 2014 -- Bertempat di Pantai Peranginan Teluk Batik, Lumut, Perak Darul Ridzuan. 7. YURAN Setiap peserta (pengakap dan pemimpin) yang menghadiri Jambori ini akan dikenakan bayaran penyertaan seperti berikut:- Peserta Dalam Negeri RM 80.00 Peserta Luar Negara (USD150) Yuran penyertaan di atas termasuk Kit Jambori, pengangkutan aktiviti dan pengurusan urusetia jambori. Bagi peserta antarabangsa, pengangkutan akan disediakan oleh pihak penganjur dari lapangan terbang dan jeti (feri) datang dan balik. 8. TENTATIF ATURCARA JAMBORI a. Hari Pertama : 24 November 2014 ( Isnin ) Pagi : Pendaftaran. Petang : Persiapan di Sub Kem. Malam : Taklimat dan Suaikenal. Mesyuarat Ketua Kontinjen b. Hari Kedua : 25 November 2014 ( Selasa ) Pagi : Aktiviti PIJ Raptai Perasmian Petang : Majlis Perasmian. Malam : Malam Pengakap c. Hari Ketiga : 26 November 2014 ( Rabu ) Pagi : Aktiviti PIJ Perhimpunan INDABA Petang : Aktiviti PIJ Perhimpunan GILWELL Malam : Malam Pengakap d. Hari Keempat : 27 November 2014 ( Khamis ) Pagi : Aktiviti PIJ Perhimpunan Kelana Petang : Aktiviti PIJ Hari Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak Malam : Forum Perdana Bersama Ustaz Kazem Elias (UKE) f. Hari Kelima : 28 November 2014 ( Jumaat ) Pagi Aktiviti PIJ Petang : Aktiviti PIJ Program Khidmat Masyarakat Malam : Malam Pengakap g. Hari Keenam : 29 November 2014 ( Sabtu ) Pagi : Aktiviti PIJ Petang : Raptai penutup Malam : Majlis Penutup g. Hari Ketujuh : 30 November 2014 ( Ahad ) Mengemaskan Kem. Bersurai ** Majlis Perasmian dan Penutupan Dicadangkan Majlis Perasmian Jambori Pengakap Antarabangsa Negeri Perak disempurnakan oleh DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan. ** Majlis Penutupan Rasmi: Dicadangkan Majlis Penutupan Jambori akan dilakukan oleh Y.A.B. Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. AM Pihak urusetia jambori akan memaklumkan kepada setiap kontinjen negeri-negeri jika terdapat sebarang pindaan dan perubahan dari semasa ke semasa. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan sektreriat jambori:- PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI PERAK, No. 20, Jalan Hospital, 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Tel/Fax: +605-536 0486 Emel: jamboriperak@gmail.com Website: www.jamboriperak.net Atau berurusan terus dengan pegawai jambori:- 1. Tn. Haji Azizul Azhar Bin Abdul Rahman : +6010-513 3900 (Pengarah Jambori) 2. Sdr. Azlan Bin Aminuddin : +6013-479 8160 (Pentadbiran) 3. Sdr. Mahizam Bin Omar : +6019-558 4511 (Aktiviti) 4. Sdr. Ramlan Bin Husin : +6017-525 0195 (Lojistik) 5. Sdr. Francis Alberto : +6019-600 1373 (ASC Antarabangsa) francis.a@pgh.mines.com.my
Started Ended
Number of participants
4000
Service hours
4
Location
Malaysia
Topics
Partnerships
Youth Programme

Share via

Share