JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR KE - 24 (24th JIJ)
Jambori Antarabangsa Johor kali ke - 24 telah dianjurkan dengan jayanya dengan kehadiran anggaran lebih 2000 peserta dari dalam dan luar negara. Peserta dari luar negara terdiri dari negara Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand, Filipina dan sebagainya. Jambori kali ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti perang 'paintball', berkayak dan juga berjaya memperkenalkan JOTA Malaysia yang pertama.