Jamboree Thailand : Pengalaman dan Sejarah Baru Pengakap MRSM Sandakan

Jamboree Thailand : Pengalaman dan Sejarah Baru Pengakap MRSM Sandakan

"The Scout Jamboree For Coronation Of King Rama X, Songkla Thailand 2019"  merupakan program antarabangsa yang pertama bagi Unit Pengakap Udara MRSM Sandakan sepanjang penubuhan kumpulan ini pada tahun 2013. Jamboree ini telah berlangsung di Samila Beach Songkla Province Thailand pada 16 Jun 2019 sehingga 20 Jun 2019. Peluang ini muncul apabila PPMCS telah menawarkan kepada Pengakap MRSM Sandakan bagi menyertai Jamboree ini seterusnya menjadi sebahagian daripada kontinjen negeri Sabah. Tawaran ini muncul kerana semasa Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2018n di SNP, kontinjen Thailand yang hadir ketika itu telah diberikan layanan yang istimewa oleh pengetua MRSM Sandakan yang kebetulan boleh bertutur dalam Bahasa Thailand.

Bagi Jamboree pertama yang disertai oleh Pengakap MRSM Sandakan ini, MRSM Sandakan telah menghantar seramai 7 orang ahli pengakap diiringi oleh dua orang guru. Sepanjang berada di Thailand, kami telah menyertai pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh pihak penganjur seperti permainan tradisional, membuat makanan tradisional, lawatan ke muzium dan banyak lagi. Setiap peserta telah diberikan buku aktiviti yang perlu di cop oleh pihak penganjur selepas selesai menjalankan sesuatu aktiviti.

Disebabkan ini merupakan pengalaman pertama Kumpulan 12 Sibuga (MRSM Sandakan), banyak perkara baru yang telah dipelajari sepanjang persediaan dan semasa jamboree berlangsung. Antara perkara yang dapat dipelajari seperti SOP dan Prosedur untuk mengikuti program-program peringkat antarabangsa, mempelajari dan mengenali budaya serta keunikzn negara orang iaitu negara Thailand. Jamboree ini juga merupakan wadah perhubungan antara PPMCS Sabah dan Pengakap Thailand dalam kerjasama program-program akan datang yang melibatkan aktiviti antara negara. 

Started Ended
Number of participants
50000
Service hours
1500000
Location
Thailand
Topics
Communications and Scouting Profile

Share via

Share