Jamboree On The Air & Jamboree On The Internet International 2019

Jamboree On The Air & Jamboree On The Internet International 2019

     Pada 18 sehingga 20 Oktober 2019 yang lalu bersamaan hari Jumaat sehingga Ahad, telah berlangsungnya Jamboree On The Air & Jamboree On The Internet International 2019 di Sekolah Kebangsaan Rumbia, Alor Gajah, Malaysia. Seramai 105 orang peserta, 7 orang jurulatih jemputan dari Melaka Radio Amateur and Communication Club - MERACC serta 16 orang kelana Daerah Alor Gajah telah turut serta dalam program ini. Kesemua peserta terdiri daripada unit Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana di sekitar Daerah Alor Gajah.

     Sepanjang program berlangsung, terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan menggunakan sistem berpangkalan. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti:-
- Pengenalan asas radio amatur dan sejarah radio amatur
- Semaphore
- HF Contact
- VHF Contact
- Joti Contact
- Code Mouse
- Semaphore Flag Signalling

     Objektif Jota-Joti ini diadakah adalah memberi peluang kepada semua ahli pengakap untuk berkenal-kenalan dengan rakan baru dan bertukar-tukar pandangan serta pengetahuan melalui gelombang radio amatur dan internet. Ahli pengakap dan pemimpin pengakap akan cuba berhubung antara kem JOTA-JOTI yang lain dan yang paling uniknya adalah, mereka tidak perlu bergerak ke kem JOTA-JOTI yang lain mahupun ke luar negara bagi berkenal-kenalan kerana mereka akan menggunakan peralatan komunikasi radio yang dipanggil sebagai Radio Amatur yang boleh berhubung tanpa batasan jarak. Turut dinyatakan tentatif perjalan program ini.

18 Oktober 2019
1500 : Pendaftaran peserta
1600 : Taklimat keselamatan serta pemasangan khemah
1700 : Pembahagian Patrol
1800 : Refleksi diri
2100 : Pengenalan asas radio amatur dan sejarah radio amatur
2200 : Penerangan sistem base
2300 : Santai diri dan selamat malam

19 Oktober 2019
0600 : Selamat pagi dan pengurusan kendiri
0700 : Senaman pagi dan sarapan pagi
0800 : Pemeriksaan pagi dan istiadat bendera
0900 : Aktiviti berpangkalan
1300 : Refleksi diri
1500 : Aktiviti berpangkalan
1800 : Istiadat menurun bendera dan refleksi diri
2100 : Malam kebudayaan
2300 : Santai diri dan selamat malam

20 Oktober 2019
0600 : Selamat pagi dan pengurusan kendiri
0700 : Senaman pagi dan sarapan pagi
0800 : Pemeriksaan pagi dan istiadat bendera
0900 : Khidmat masyarakat
1000 : Istiada menurun bendara & raptai majlis penutup
1100 : Majlis penutup dan penyampaian sijil
1200 : Bersurai

     Hasil dari program ini, para peserta mendapat pelbagai perubahan kendiri yang mana antaranya ialah nilai-nilai kemahiran berkomunikasi, bersopan-santun dan berfikir sebelum berbicara di dalam perbualan seharian. Tentang ilmu berkomunikasi menggunakan radio amatur. Memperkenalkan komunikasi Radio Amatur sebagai hobi yang amat berguna dalam menjana kreativiti serta pembangunan diri.

     Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tuan Mohd. Nor Al Hamim bin Md. Som, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka dan diiringi oleh Tuan Khyrulnizam bin Khairudin, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Alor Gajah serta Tuan Shahredza bin Abdul Rashid, Ahli Majlis Pengakap Negeri Melaka.

Started Ended
Number of participants
128
Service hours
2304
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Legacy BWF
Communications and Scouting Profile
Global Support Assessment Tool
Partnerships
Youth Engagement
Youth Programme

Share via

Share