JAMBORE LENCANA JAYA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2017
Malaysia

JAMBORE LENCANA JAYA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2017

Bermula 6 hingga 8 April 2017 bertempat di Tunjuk Laut Beach Resort,Tanjung Leman, Mersing, seramai 462 orang terdiri daripada 343 peserta, 44 orang pemimpin, 16 orang pembantu daerah, 23 Calon Pengakap Raja dan 44 orang kelana telah turut serta dalam Jambori Lencana Jaya Pengakap Muda Peringkat Negeri Johor 2017 (JLJ2017) anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor. Pelbagai program telah dijalankan seperti Pertolongan cemas, istana pasir, membersihkan pantai, cita-cita pengakap, penulisan buku log, pengembaraan malam, malam kebudayaan, ikatan dan simpulan, kawad tongkat, halangan komando dan senaman pagi senambrobik. Majlis Penutupan dirasmikan oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tuan Haji Yaacob bin A Karim. Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor juga telah bersama-sama ahli dan juga pemimpin selama 3 hari 2 malam di tapak jambori tersebut. Peserta yang lulus dikalungkan rambu pengakap muda.
Started Ended
Number of participants
462
Service hours
60
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share