Jalinan Kasih Kelana
Ahli KLKM UKM dapat menanam dan memahami sifat empati yang tinggi dalam diri dengan melihat dan bergaul dengan anak-anak yang tinggal di Rumah Titian Kaseh yang kurang bernasib baik. Anak-anak di Rumah Titian Kasih berasa disayangi dan mendapat perhatian daripada masyarakat meskipun kurang bernasib baik dan mengubah persepsi anak-anak Rumah Titian Kasih bahawa masyarakat setempat tidak memahami dan prihatin akan mereka.
Program Jalinan Kasih Kelana berjaya dijalankan di Rumah Titian Kasih yang disertai oleh 32 orang ahli KLKM UKM dan seramai 20 orang anak yatim yang berusia 4 hingga 16 tahun turut sama menyertai program ini. Antara aktivti yang dijalankan adalah eksplorasi dunia kepengakapan yang menerangkan tentang aktviti perkhemahan, ikatan dan simpulan, pertolongan cemas dan lain-lain.
Menurut pengurus Rumah Titian Kasih, impak yang dapat beliau lihat pada anak yatim adalah mereka dapat merasakan kasih sayang daripada masyarakat dan dapat mempelajari ilmu kepengakapan yang bagi mereka sukar untuk mereka dapat di sekolah disebabkan oleh kekangan kewangan.
Perkara yang saya telah pelajari semasa menguruskan projek ini adalah saya dapat menyemai rasa empati dalam diri terutama kepada orang lain.