ISTIADAT PERBARISAN & PENGANUGERAHAN BP AWARD DAN MANIKAYU PERINGKAT KEBANGSAAN PPM NEGERI KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA (IPTA/IPTS) KALI KE~III 2016 (IPP)

ISTIADAT PERBARISAN & PENGANUGERAHAN BP AWARD DAN MANIKAYU PERINGKAT KEBANGSAAN PPM NEGERI KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA (IPTA/IPTS) KALI KE~III 2016 (IPP)

Baden-Powell Award (BPA) atau Anugerah Baden-Powell (ABP) adalah anugerah tertinggi pencapaian yang mengiktiraf Pengakap Kelana. BPA akan menguji ketahanan, keilmuan dan kemahiran para Kelana bagi mengharungi 15 jenis ujian sebelum mereka dianugerahkan dengan anugerah yang berprestij ini. Antara ujian yang dilalui dalam perkhemahan pentarafan ini ialah Ujian Pengetahuan & Pengurusan Personaliti, Ujian Istiadat Mengibar Bendera, Ujian Kawad Kaki & Kawad Tongkat, Ujian Orienteering, Peta & Penganggaran, Ujian Model Projek Perintis, Ujian Pengucapan Awam, Ujian Kem Kraf Tapak Perkhemahan, Ujian Perkhidmatan, Ujian Projek Perintis, Ujian Khidmat Masyarakat, Ujian Pengurusan Protokal Majlis, Ujian Ikatan & Simpulan, Ujian Buku Log, Ujian Pangilinan Pengetahuan dan Ujian Ikhtiar Hidup. Istiadat Perbarisan dan Penganugerahan Baden Powell (BP-Award) & Manikayu Peringkat Kebangsaan (IPTA/IPTS) telah diadakan pada 16 - 20 November 2016 di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu, Negeri Sembilan. Majlis perasmian penutupan dan Penganugerahan BP-Award & Manikayu telah disempurnakan oleh Ketua Pengakap Negara Tan Sri Dato’ Seri Paduka Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh. Kelana yang lulus dalam Ujian Pentarafan BPA dipakaikan apolet dan rambu BP-Award serta sijil kehadiran, sementara pemimpin dan kelana yang telah lulus Kursus Manikayu dikalungkan Manikayu 2 Butir beserta sijil.
Number of participants
114
Service hours
48
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share