Profile picture for user Zali Abdul Rahman_1
Malaysia

Interaksi Alam Sekitar Dalam Talian

Amnya, program ini adalah berasaskan interaksi dengan alam. Terlibat dalam program ini sebagai jurulatih dan fasilitator dapat meningkatkan diri dalam kecerdasan Teknologi, Maklumat dan Komunikasi. Penekanan kepada peserta juga tentang Prosedur Operasi Standard dan Kemahiran Asas dapat membentuk pelajar sebagai bakal guru yang lebih kompeten.
Program Bina Insan Guru secara talian dilaksanakan kepada semua pelajar PDPM Ambilan Jun 2021 pada 26 hingga 29 Ogos 2021. Program disertai seramai 34 orang pelajar dengan pengisian lestari alam sekitar seperti aktiviti air, aktiviti kembara, pemakanan sihat dan aktiviti tali tinggi. Pelaksanaan aktiviti secara dalam talian kerana Pandemik Covid-19 diharapkan mendidik pelajar ke arah jati diri, cintai alam sekitar dan pengurusan program secara dalam talian.
Impaknya dengan interaksi alam sekitar akan memberi kefahaman kepada peserta untuk menghargai alam sekitar sebagai kesinambungan kehidupan sejagat.

Nilai tambah dalam program ini dapat memupuk kemahiran asas dalam aktiviti perkhemahan, kemahiran personal dan SOP aktiviti ekstrim.

Started Ended
Number of participants
34
Service hours
612
Beneficiaries
34
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
SDGS

Share via

Share