Profile picture for user julie kristy a/p ng kee choo_1
Malaysia

INTELEKTUAL TRANSISI PELAJAR ORANG ASLI

Antara perkara yang menginspirasikan saya untuk mengambil bahagian dalam projek ini adalah bagi menjelaskan tentang cabaran yang dihadapi oleh murid dan pelajar Orang Asli semasa menjalani pembelajaran secara atas talian. Selain itu, perkongsian ini diharapkan dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang pengalaman dan kejayaan yang dikecapi oleh pelajar orang asli pada masa kini.
Projek ini adalah anjuran daripada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) daripada IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang yang telah menjemput saya dan saudari Fazliana sebagai panel utama yang akan membahaskan tajuk Intelektual Transisi Pelajar Orang Asli. Projek ini telah dilaksanakan secara atas talian dan disiarkan melalui medium facebook JPP IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.
Projek ini telah memberikan maklumat baru khususnya kepada masyarakat selain daripada orang asli dalam memahami budaya dan gaya hidup Orang Asli. Selain itu juga, projek ini berjaya membetulkan tanggapan dan membuka mata masyarakat terhadap orang asli, terutama apabila melibatkan pencapaian pelajar orang asli di peringkat yang tertinggi.
apa yang dapat saya pelajari daripada projek ini adalah keberanian dalam menyampaikan hujah dan pandangan pribadi kepada umum. Selain itu juga, saya dapat memberikan kefahaman kepada masyarakat berkaitan cabaran murid Orang Asli dalam menjalani pembelajaran secara atas talian dalam keadaan negara yang dilanda pandemik covid-19
Number of participants
5
Service hours
20
Beneficiaries
1900
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Interpersonal skills
Partnerships

Share via

Share