IKATAN DAN SIMPULAN
Malaysia

IKATAN DAN SIMPULAN

Perjumpaan pada kali ini telah membincangkan mengenai simpulan dan ikatan. Kami telah diajarkan pelbagai jenis simpulan dan ikatan yang amat berguna yang boleh diaplikasikan semasa perkhemahan dan juga dalam kehidupan seharian. Ilmu ini amat penting kerana sebagai seorang Pengakap, kita haruslah tahu cara-cara untuk mengikat sesuatu dengan menggunakan simpulan dan ikatan yang betul. Antara ikatan-ikatan yang telah diajarkan ialah SIMPUL MANUK, BUNGA GETI, LILIT BALAT, BUKU SILA dan banyak lagi. Perjumpaan kali ini banyak memberi input yang berguna.
Number of participants
20
Service hours
2
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share