
Hujan & panas bukan halangan
.Kem lencana kemahiran Pengakap telah diadakan di Dusun Tok Wak Desa, Ulu Legong Baling. Seramai 40 orang menyertai kem tersebut termasuk Pesuruhjaya dan Penolong pesuruhjaya serta ahli majlis kehormat. Cuaca tidak menentu sepanjang perkhemahan selama 3 hari 2 malam. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya Ikatan Pengakap, Bantuan kecemasan, kawad tongkat dan masak dalam buluh. Selain itu slot mandaki Gunung Gadung turut dijalankan untuk menguji kecergasan & mental ahli pengakap.