HUBUNGAN MASA AKAN DATANG : JOTA JOTI SIBUGA 2019

HUBUNGAN MASA AKAN DATANG : JOTA JOTI SIBUGA 2019

JOTA JOTI SIBUGA 2019

Program ini merupakan penganjuran tahun kedua MRSM Sandakan menjadi tuan rumah bagi JOTA JOTI. Program kali ini melibatkan penyertaan seramai 150 orang yang terdiri daripada peserta, urusetia dan guru pengiring. Sebanyak 6 buah sekolah telah terlibat iaitu 4 buah sekolah menengah(MRSM, SMK Perempuan Sandakan, SMK Elopura Bestari, SMK Libaran) dan 2 buah sekolah rendah (SK Ladang Sandak, SK Gum-Gum).

 

Bagi JOTA JOTI tahun ini, selain bermatlamat untuk menyertai program tahunan WOSM, program ini juga bertujuan sebagai cubaan untuk membina hubungan dengan negara luar. Hal ini kerana, Unit Pengakap Udara MRSM TMFS Sandakan bercadang untuk membuat Projek Global bersama dengan negara-negara luar pada tahun hadapan dengan menggunakan medium skype untuk berkongsi tentang aktiviti Pengakap dan berbincang isu-isu global seperti perubahan cuaca dan lain-lain lagi. 

 

Bagi mencapai matlamat JOTA JOTI Sibuga 2019, pada aktiviti kali ini, kami telah menambah elemen skype disamping hanya berJOTA dan JOTI sahaja. Oleh itu, sebagai percubaan awal, tahun ini kami telah berjaya berSKYPE dengan 6 buah negara diantaranya Australia, Colombia dan Pakistan. Bagi JOTI pula, tahun ini JOTA JOTI Sibuga telah memecahkan rekod tahun lepas apabila telah berjaya berhubung dengan 71 buah negara yang terdiri daripada 168 buah bandar.

Started Ended
Number of participants
150
Service hours
2700
Location
Malaysia
Topics
Communications and Scouting Profile

Share via

Share