
Hiking Keamanan dan Pendidikan Alam Sekitar Semaun & STPRI
Tujuan program dilakukan adalah untuk mendidik ahli-ahli pengakap untuk memiliki keyakinan diri, dan pengetahuan tentang alam sekitar dan menguatkan lagi teamwork antara sekolah yang terlibat. Program Keamanan Alam Sekitar berlangsung pada 5 Februari 2019.
Program ini dilakukan di lokasi Taman Riadah Tasek Lama, Bandar Seri Begawan. Tempat yang sangat kaya dengan flora yang berharga yang disimpan oleh kerajaan Brunei Darussalam. Mempunyai air terjun dan tasik yang indah yg menjadi tarikan pelancong serta mempunyai bukit-bukau yang menjadi tumpuan bagi mereka yang suka mendaki dan beriadah.
Seramai 300 orang peserta yang menyertai program ini terdiri daripada Pemimpin, Pengakap Muda dan Remaja masing-masing dari Sekolah Menengah Awang Semaun dan Sekolah Menengah STPRI yang menjayakan program ini.
Pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti mendaki bukit, jungle trekking, menguji ikatan simpulan, pertandingan kawad, sistem berpatrol dan memberi pengetahuan tentang flora yang ada di sekitar Taman Riadah.
Secara keseluruhannya program ini melatih ahli pengakap agar dapat menghadapi segala kesulitan dan tahu menghargai akan khazanah-khazanah alam di negara Brunei Darussalam mahupun di serata dunia.