HARI PERTAMA KEM PENGAKAP MANIK KAYU 3A

HARI PERTAMA KEM PENGAKAP MANIK KAYU 3A

Pada 19 Julai 2018, Saya dan peserta ahli Sekawan Coklat, seramai 9 orang, tiba pada waktu tengahhari, Jam 12.00 dan terus mendirikan gajet dan khemah setelah melapor pada Para Jurulatih juga merupakan para pensyarah IPGKTI. Sewaktu ingin mendirikan khemah beserta gajet, saya sebagai Ketua Sekawan Coklat telah bertindak membahagikan tugas bagi setiap ahli, 3 daripada kami akan mendirikan khemah, 3 daripada kami akan membina pagar dan pintu gerbang serta pintu di bahagian belakang, manakala 3 daripada kami akan membuat gajet gajet seperti rak kasut, dapur dan juga meja. Setelah selesai akan tugasan yang dijalankan sebentar tadi, kami berhenti berehat untuk minum petang dan bagi yang beragama islam, kami akan rehat untuk menunaikan solat asar secara berjemaah di surau berdekatan.
Started Ended
Number of participants
46
Service hours
60
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share