Hari Kokurikulum Sekolah Ayer Papan

Hari Kokurikulum Sekolah Ayer Papan

Pada 28 Oktober 2018 telah berlangsung Hari Kokurikulum Peringkat Sekolah, bertempat di Sk Ayer Papan, Tanjong Tualang Perak. Seramai 55 orang murid dan guru telah terlibat dalam program ini.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk asas kawad kaki, pertolongan cemas dan membina mini gajet. Murid telah didedahkan dengan ilmu secara teori dan praktikal. Setiap aktiviti merupakan pertandingan bagi menentukan kumpulan yang terbaik. 

Majlis penutup telah disempurkan oleh guru besar sekolah Puan Norainon Salleh. Kumpulan yg paling tinggi markahnya telah dipilih sebagai pemenang bagi menerima hadiah. 

Number of participants
55
Service hours
330
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share