HARI KETIGA : FAREWELL KURSUS KOORDINATOR MESSENGER OF PEACE KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2019
Hari terakhir atau hari ketiga KURSUS KOORDINATOR MESSENGER OF PEACE KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2019 dimulakan dengan Tarian Messenger of Peace.
Seterusnya, sedikit penerangan tentang Pelan Tindakan dan Aku Janji MoP sebelum semua peserta bergerak dan berkumpul mengikut bahagian untuk menyenaraikan perancangan aktiviti MoP (2020-2021) di daerah masing-masing.
Selepas menyerahkan borang Aku Janji MoP, kesemua peserta diarahkan untuk berkumpul di dewan terbuka SNP untuk sesi raptai majlis perasmian penutupan.
Majlis Perasmian Penutupan dimulakan pada sekitar jam 11.00 pagi dan ucapan perasmian penutupan disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah, Datuk Dr. Haji Awang Zaini bin Haji Suntim.
Detik yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila KPPNS Datuk Dr. Haji Awang Zaini bin Haji Suntim mengalungkan skaf dan penyampaian sijil MoP oleh Pesuruhjaya Kebangsaan (Koordinator MoP & SWA), Dr. Amir Hamzah Aman kepada kesemua 80 orang peserta kursus.
Sesi bergambar beramai-ramai mengakhiri kursus pada hari tersebut.
Gembira dan bangga kerana dapat menyelesaikan kursus selama 3 hari 2 malam di SNP, Sandakan.
Team Koordinator MoP dari Bahagian Pedalaman Bawah Daerah Sipitang pulang meninggalkan SNP (berpakaian seragam lengkap Pengakap No.3) membawa azam dan semangat baharu.
Farewell Kursus Koordinator Messenger of Peace Kebangsaan Zon Sabah 2019.
Nevertheless, this is not the end, but a beginning of an amazing journey ^_^