Hakim Kawad Kaki Kebangsaan (Zon Utara) 2019
Menerima jemputan untuk berkhidmat sebagai Hakim Pertandingan Kawad Kaki bagi peringkat Kebangsaan (Zon Utara) merupakan satu peluang untuk berkhidmat kepada pembentukan sahsiah unggul murid-murid sekolah.
Program ini mengumpulkan para murid sekolah rendah dan menengah untuk membuktikan kemampuan mereka dalam kawad kaki. Pada program ini, kemahiran saya dan rakan-rakan dari pelbagai unit beruniform diperlukan untuk menilai persembahan para murid tersebut.
Program ini telah menghubungkan para murid dan pemimpin unit beruniform dan menguji kemampuan murid ini ilmu di luar bilik darjah. Selain itu, program pertandingan kawad kaki ini mencungkil bakat murid-murid sebagai pemimpin dan melatih juga mereka untuk sentiasa patuh kepada arahan pemimpin.
Kawad kaki dilihat sebagai pengupaya kepada prestasi akademik pelajar.Terdapat pelbagai kepentingan
kepada pelajar dari aktiviti kawad kaki. Falsafah dan pergerakan kawad kaki ini telah menjadi satu
sumber penting sebagai ‘tonik’ untuk merangsang kognitif murid.