Profile picture for user nur hidayah binti ahmad_1
Malaysia

A GOOD EXPERIENCES TO BECOME A COUNSELLOR

Untuk tambah pengetahuan dan pengalaman sebenar tentang pengendalian program bimbingan dan kaunseling di sekolah bandar pula. Hal ini kerana, banyak program yang banyak saya sertai dijalankan hanya di kawasan luar bandar. Ini pengalaman pertama kami menjalankan program di sekolah bandar di luar negeri Pahang.
Jabatan Ilmu Pendidikan di bawah unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Program Pembelajaran Secara Kontekstual Amalan Kaunseling Terbaik di 2 buah sekolah iaitu SK Putrajaya Presint 9 (1) dan SK Putrajaya Presint 9 (2).Program ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 11 Mac dan 12 Mac 2020.Seramai 52 peserta telah menyertai iaitu pelajar Unit Bimbingan dan Kaunseling Tahun 2 IPGK Tengku Ampuan Afzan.Turut diiringi bersama 3 orang pensyarah bimbingan.
Dua buah sekolah kami telah pergi iaitu SK Putrajaya Presint 9(1) dan SK Putrajaya Presint 9(2). Peserta tahun 5 bagi kedua-dua sekolah telah terlibat. Bagi sekolah yang pertama , terdapat 40 murid terlibat manakala di sekolah kedua terdapat 45 murid terlibat. Jadi jumlah keseluruhan murid yang terlibat ialah 85 peserta.
Guru bimbingan dan kaunseling di kedua-dua sekolah telah banyak berkongsi mengenai amalan kontekstual kaunseling yang mereka telah jalankan di sekolah tersebut kepada murid-murid. Perkongsian tersebut telah membuatkan saya lebih bersemangat dan terinspirasi untuk menjadi seorang guru bimbingan dan kaunseling yang cemerlang dalam perkhidmatan saya kelak. Saya akan turut menjalankan program yang menarik kepada murid-murid saya nanti.
Started Ended
Number of participants
52
Service hours
312
Beneficiaries
85
Location
Malaysia
Topics
Inner peace and spirituality
Interpersonal skills
Youth Programme
Initiatives
Health and Wellbeing
Skills for Life

Share via

Share