THE FUTURE OF ENERGY SCOUT GO SOLAR

Saya telah menghadiri Webinar Scout Go Solar (SGS) yang telah dianjurkan sepanjang tiga hari pada 18 Dis 2020 sehingga 20 Dis 2020. Webinar ini diadakan untuk ahli KLKM mengenali dengan lebih lagi berkaitan SGS ini sebelum projek sebenar dilakukan pada awal bulan Januari tahun 2021. Webinar SGS mempunyai 4 tema iaitu Tema 1: MATAHARI ADALAH SUMBER KEHIDUPAN, Tema 2: IMPAK MATAHARI PADA KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR, Tema 3: KEGUNAAN TENAGA SOLAR, dan Tema 4: GO SOLAR!. Hari pertama iaitu pada 18 Dis 2020, webinar itu diadakan pada waktu malam dan telah disampaikan oleh Puan Noor Azlin Mat Noor dan Encik Zahiran bin Hamzah. Perkara yang dibincangkan adalah pegenalan SGS serta tema 1 dan 2. Pada malam tersebut saya mempelajari bahawa untuk melakukan mana-mana aktiviti atau projek SGS, kita diwajibkan untuk memakai kaca mata hitam sama ada yang dibuat mahupun sedia ada. Ini kerana, cahaya matahari boleh menyebabkan kerosakan pada mata sekiranya dilihat tanpa perlindungan. Di dalam tema 1, saya mempelajari tentang tenaga boleh dipebaharui dan tenaga tidak boleh dipebaharui. Antara tenaga yang boleh dipebaharui adalah cahaya matahari, biojisim, hidroletrik, angin, ombak dan lain-lain. Manakala tenaga yang tidak boleh diperbaharui pula ialah petroleum, nuklear, gas asli, arang batu dan bateri. Tenaga cahaya matahari mempunyai banyak kebaikan seperti tidak mencermarkan alam sekitar, menjimatkan kos eletrik dan keadaan matahari yang terik selama 6 jam. Tetapi ada juga kelemahannya iaitu kos awal tinggi, memerlukan ruang yang besar dan bergantung kepada matahari sama ada cerah atau malap ketika itu. Saya juga mendapat ilmu baru tentang ciri-ciri matahari iaitu, umurnya adalah sekitar 4.6 billion dan berdiameter 1.4 juta km, jarak purata bumi dan matahari adalah 149,680,000 km serta suhu permukaannya adalah 5,5000 0C. Seterusnya dalam tema 2, saya mempelajari tentang lapisan ozon, sinaran ultra-unggu (UV), strok haba dan kesan rumah hijau. Lapisan ozon adalah penting untuk menyerap tenaga sinaran UV dari matahari sebelum sampai ke bumi. Tetapi malangnya lapisan ozon kini kian menipis disebabkan oleh pembebasan klorin dalam kloroflorokarbon (CFC) dari peti sejuk dan aerosol. Antara kesannya adalah kanser kulit, katarak mata, hasil pertanian menyusut, sistem keimunan rendah dan sebagainya. Selain itu, strok haba terjadi sekiranya seseorang itu terdedah kepada cuaca panas yang berterusan. Tanda-tandanya ialah kerap sakit kepala, mudah hilang fokus, lidah menjadi bengkak dan lain-lain. Malam itu disudahi dengan ilmu mengenai kesan rumah hijau atau lebih dikenali sebagai Green House Gasses iaitu menghalang dan memerangkap haba bumi daripada bebas keluar. Kejadian ini berlaku apabila kumpulan gas itu membenarkan bahang matahari menembusinya tetapi menghalang pembebasan semula bahang bumi ke atmosfera.

Seterusnya, pada hari kedua iaitu 19 Dis 2020 tema yang dibincangkan adalah tema 3 iaitu Kegunaan tenaga solar yang telah dikongsikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. HJ. Mustaffa Bin HJ. Ibrahim yang merupakan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri. Beliau menyatakan ada dua cara untuk menggunakan tenaga solar iaitu solar thermal dan solar photovoltaic (PV). Solar thermal adalah tenaga solar yang disimpan untuk kegunan penghasilan haba seperti memasak dan pemanasan air. Manakala, solar PV pula menukarkan tenaga solar kepada tenaga eletrik. Terdapat dua jenis solar PV iaitu off-grid dan on-grid. Contoh bagi off-grid adalah Eco-Balai Rawatan Tenaga Eletrik Solar di Kampung Orang Asli Pucur, Pahang. Manakala bagi on-grid pula adalah tiang-tiang eletrik yang dipasang oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Di Malaysia, kegunaan tenaga solar telah dipraktikkan di dalam lampu jalan, lampu arah di jalan raya, sistem perairan di kawasan pertanian ataupun pendalaman dan sebagainya. Antara projek yang telah dikendalikan oleh beliau ialah pemasangan lampu solar di sepanjang tepi jalan dan jeti nelayan di kampung Peta berdekatan Taman Negara Endau-Rompin Johor. Beliau turut berkongsi pengalaman menjadi orang ke dua yang ditabalkan sebagai Ambassador SGS Malaysia bagi pihak Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM). Beliau telah menjalani latihan di Kandersteg International Scout Center, Switzerland baru-baru ini. Di sana, beliau didedahkan dengan projek-projek yang dilaksanakan di luar negara seperti Green point with solar energy, Solar bar/bike/trailor charging station, Solar cooker/torch workshop, Solar cinema/public viewing zone, Solar camp dan banyak lagi. Beliau berharap projek-projek ini dapat dilaksanakan di Malaysia, namun kadar vandalism di Malaysia mempengaruhi perlaksanaan projek tersebut. Pada hari terakhir iaitu pada 20 Dis 2020 telah ditukar waktunya atas masalah teknikal. Bagaimanapun perbincangan mengenai tema 4 iaitu Go Solar! tetap dijalankan pada waktu petang bersama Miss Lau Hooi Lin. Beliau merupakan orang pertama yang ditabalkan sebagai Ambassador SGS Malaysia bagi pihak PPM dan menerima latihan di Switzerland pada tahun 2018 yang lepas. Pada petang itu, beliau telah mengkongsikan pengalamannya yang diberi nama My Sunshine Journey bermula dari peringkat self, group, community, country (NSO), region (APR) dan akhirnya peringkat WOSM. Bagi peringkat self-development, beliau menyatakan bahawa kita perlu cabar diri untuk menjadi berlainan daripada orang lain, sentiasa motivasi diri, melakukan pembelajaran berterusan mengenai tenaga suria dan akhirnya selalu berkongsi ilmu serta belajar daripada orang lain. Bagi peringkat seterusnya iaitu group dan community, peranan ketua adalah sangat penting selaras dengan ahli jawatankuasa yang lain. Kerjasama antara satu sama lain menjamin kejayaan sesuatu projek. Beliau berharap bagi projek-projek akan datang KLKM akan menyasarkan ke pihak selain pengakap seperti sekolah, pusat masyarakat, taman perumahan dan sebagainya. Kemudian, bagi peringkat country beliau mencadangkan untuk membuat Roadshow ataupun pertunjukan jalanan. Antara elemen penting dalam roadshow adalah pertama sekali jelaskan matlamat untuk acara tersebut, memilih masa dan lokasi yang sesuai, mempunyai pasukan yang terlatih untuk menjalankan acara tersebut, menyediakan pelbagai pilihan aktiviti dan jadikannya kreatif serta seronok untuk menarik perhatian pengunjung, pastikan peralatan dan bahan mencukupi sepanjang acara tersebut dan akhirnya mengutamakan keselamatan sepanjang acara dilaksanakan. Beliau sudahi sesi petang itu dengan berkongsi pengalamannya di Maldives melakukan workbench bersama pengakap di sana.

Kesimpulannya, sepanjang tiga hari tersebut saya telah mendapat ilmu baharu berkaitan SGS dan ia telah membuka minda saya untuk memperkasa tenaga solar sebagai sumber tenaga utama. Saya juga amat terharu mendapat peluang belajar mengenai SGS daripada orang-orang penting yang menjadi tulang belakang SGS di Malaysia mahupun luar negara. Saya berharap ilmu ini dapat dimanfaatkan oleh saya sendiri dan juga kawan-kawan saya untuk masa hadapan. Sekian, terima kasih. Salam pengakap.

Started Ended
Number of participants
1
Service hours
18
Location
Malaysia
Topics
Legacy BWF

Share via

Share