THE FUTURE OF ENERGY SCOUT GO SOLAR

Laporan Webinar Earth Tribe Siri 2 (Scout go Solar Challenge)

Nama: Siti Nur’ain binti Khairrul Zamli

Daerah: KLKM UKM, Bangi.

 

            Scout go Solar (SGS) merupakan aktiviti yang dilaksanakan di bawah hasil inisiatif daripada Organisasi Pergerakan Dunia (WoSM) yang bekerjasama dengan Solafrica dan Greenpeace. Antara akitivti yang dilaksanakan mengikut tema yang ditetapkan seperti Matahari adalah sumber kehidupan (tema1), Impak matahari pada kesihatan alam sekitar (tema 2), Kegunaan tenaga solar (tema 3) dan Go solar (tema 4).

Tema 1 iaitu Matahari adalah sumber kehidupan telah dijalankan pada 18 December dan dismapaikan oleh Puan Nor Azlin. Melalui tema 1 saya didedahkan mengenai ilmu yang berkaitan dengan matahari misalnya jarak matahari ke bumi adalah 149680000 kilometer dan kegunaan tenaga matahari dalam kehidupan seharian secara kasar seperti proses pemanasan, generasi elektrik dan penyahmasinan air laut. Tenaga suria merupakan tenaga yang boleh diperbaharui dan bersifat mesra alam kerana tidak mencemarkan alam sekitar dan sumbernya mudah diperoleh. Contoh tenaga yang diperbaharui adalah seperti biojisim, hidroelektrik, hujan dan angin. Contoh tenaga yang tidak oleh diperbaharui adalah seperti petroleum, nuclear dan gas asli. Sumber-sumber tenaga ini tidak diperoleh secara berterusan. Contoh penggunaan tenaga solar adalah seperti kalkulator, jam dan power bank. Tenaga solar juga mempunyai keburukan disebalik kebaikan yang dibincangkan misalnya pembinaan panel solar yang besar memerlukan kos yang tinggi, tenaga terhad kepada matahari sahaja dan memerlukan ruang yang besar untuk menjana tenaga yang lebih baik. Saya juga mendapat pengetahuan aplikasi jam matahari melalui tugasan yang diberi.

Seterusnya Tema 2 iaitu Impak Matahari Kepada Sumber Kehidupan juga dijalankan pada hari yang sama dengan Tema 1. Tema kedua dismpaikan oleh Encik Zahiran bin Hamzah. Dalam tema ini saya diberi pendedahan mengenai kesan positif dan negatif matahari dalam kehidupan seharian kita. Bumi kita mempunyai lapisan ozon yang menapis sinaran uv sebelum sampai ke permukaan bumi. Kepentingan lapisan ozon kepada kita adalah untuk mengelakkan 100 peratus sinaran uv daripada sampai ke bumi. Namun, terdapat satu bahan yang boleh mengakibatkan penipisan lapisan ozon iaitu kloroflorokarbon (CFC) halo yang terhasil dari peti ais dan pendingin hawa. Terdedah secara berlebihan kepada sinaran uv mengakibatkan katarak mata, kenser kulit, merendahkan sistem keimunan dan mempercepatkan penuaan. Di sebalik impak negatif matahari, ada juga kebaikan misalnya ia mampu memberikan vitamin pada kulit kita dan mengaktifkan vitamin D pada kalsium tulang untuk tulang yang lebih sihat. Oleh kerana itu, kita dinasihatkan untuk berjemur 5 hingga 30 minit setiap hari pada waktu pagi. Pengetahuan mengenai keburukan matahari akan membuatkan kita lebih berhati-hati dengan cara mengambil langkah berjaga-jaga. Misalnya memakai cermin mata hitam, memakai pakaian yang sesuai dan pelindung cahaya matahari yang dipakai pada kulit ketika menjalankan aktiviti dapat mengurangkan risiko bahayanya sinaran uv.

Tema seterusnya iaitu Kegunaan Tenaga Solar diadakan pada 19 Disember. Tema ini disampaikan oleh Professor Mustafa bin Haji Ibrahim megenai cara-cara penggunaan tenaga solar. Terdapat dua jenis cara pengunaan tenaga solar iaitu solar termal dan solar fotovoltaik. Kedua-dua solar ini digunakan untuk menyimpan tenaga elektrik. Solat termal biasanya digunakan untuk memasak, memanaskan air meggunakan solar box dan pengeringan makanan. Solar fotovoltaik pula lebih dikenali sebagai ‘solar sel’. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu off-grid dan on-grid. Fotovoltaik off-grid meggunakan solar secara berkelompok, kita memerlukan solar panel, kabel dan bateri untuk menyimpanan tenaga kebanyakannya adalah terkawal dan banyak digunakan di kawasan pedalaman seperti kampung orang asli yang sukar untuk menerima tenaga elektrik. Fotovoltaik on-grid pula penyambungannya terdiri daripada solar panel, kabel dan inverter untuk menyimpan tenaga. On-grid kebiasaanya mempunyai tiang elektrik. Kegunaan tenaga solar di Malaysia adalah seperti lampu jalan, lebuhraya, industry perikanan untuk mengocakkan air dan kawasan pertanian. Kegunaan tenaga solar untuk dunia pengakapan adalah untuk memahami komponen yang terdapat pada panel solar seperti arus terus, arus ulang alik dan mengetahui cara mengira watt. Selain itu terdapat program Wosm bertjuaan untuk pendidikan seperti aktiviti solar cooker dan solar art.

Akhir sekali, tema 4 iaitu Go Solar yang diajalankan pada 20 Disember dan disampaikan oleh Miss Lau Hooi Lin. Beliau menerangkan mengenai perjalanan dan pengalaman sepanjang menjalankan aktiviti Go solar. Perkongsian beliau meliputi dirinya (self-development), kumpulan, komuniti dan negara. Saya juga didehkan mengenai elemen-elemen penting yang perlu ada semasa melaksanakan aktivit SGS contohnya memilih aktiviti yang hendak dijalankan, menambah kreativiti dalam aktiviti tersebut, menyediakan perlatan yang mencukupi dan menitikberatkan soal keselamatan peserta. Contoh aktiviti yang bakal dijalankan dalam tema 4 ini adalah  Copenhagen solar cooker.

Kesimpulannya, keempat-empat tema yang disampaikan memberi impak yang postif kepada saya serta banyak pengetauan yang diperoleh. Kami menjalankan aktiviti kaca mata hitam. Aktiviti ini memberikan kesedaran kepada saya tentang pentingnya penjagaan mata ketika melaksanakan aktiviti di luar. Sepanjang sesi webibar, saya mendapat pengetahauan tentang pentingnya tenaga solar kepada sistem kehidupan. Namun, kita di Malaysia, masyarakat kurang diberi pendedahan mengenai solar. Oleh itu, saya berpendapat aktiviti ini merupakan satu pendedahan yang boleh meningkatkan kesedaran masyarakat untuk lebih menjaga alam skitar sebagaimana kita ketahui bahawa matahri merupakan sumber yang boleh diperbaharui. Saya juga didedahkan bagaimana cara untuk melaksanakan aktivit secara berkumpulan. Kita perlu mengetahui komponen yang ada dalam solar panel dan cara mengira watt suapaya perancangan dan perlaksanaan aktiviti dapat berjalan dengan lancar. Pada pendapat saya, perkara yang boleh ditambah baik di masa hadapan adalah dengan menambahkan kecerian semasa webinar berlansung secara virtual. Kita ketahui buat masa sekarang pergerakan agak terbatas disebabkan penularan wabak Covid-19. Perkara yang boleh ditambah baik sepanjang webinar misalnya memperbaiki komunikasi antara penyampai seperti menggunkan web mentimeter untuk menceriakan interaksi sesama kita. Saya berasa gembira  menyertai webinar ini kerna banyak pengetahuan baru yang diperoleh. Saya juga merakamkan penghargaan kepada pengelola webinar kerana memberikan penyampaian yang baik dan jelas. Saya berharap Covid-19 lebih terkawal pada masa akan datang suapaya kita dapat bersemuka untuk menjalankan aktiviti bersama-sama dengan lebih seronok.

 

 

 

Started Ended
Number of participants
1
Service hours
18
Location
Malaysia
Topics
Legacy BWF

Share via

Share