The Future of Energy Scout Go Solar

            Webinar “The Future of Energy: Scout Go Solar” telah diadakan pada 18-20 Disember 2020. Webminar ini terdiri daripada 4 tema. Pada 18 Disember 2020 (Jumaat), webminar ini bermula pada pukul 8.30 sehingga 10.30 malam yang bertemakan “Matahari adalah Sumber Kehidupan” dan “Impak Matahari pada Kesihatan dan Alam Sekitar”. Pertama sekali, pengenalan Scout Go Solar disampaikan oleh Miss Nor Azlin Mat Nor. Beliau merupakan penolong pemimpin pengakap kelana B – Blackflurry Pasir Mas, Kelantan. Modul perlaksanaan Scout Go Solar diperkenalkan dan beliau juga menerangkan kriteria dan carta alir untuk mendapatkan lencana ini. Antara kriteria yang diperlukan oleh seorang kelana ialah konsisten, komited dan kreatif. Seterusnya, beliau meneruskan webminar ini dengan tema pertama. Beliau menerangkan tentang sumber tenaga matahari, apa itu tenaga, penggunaan dan penghasilan tenaga, tenaga boleh diperbaharui dan tenaga tidak boleh diperbaharui dan tenaga solar. Pengenalan tema pertama ini memberi banyak ilmu pengetahuan baharu dan tenaga solar dapat menjimatkan kos elektrik dan menyelamatkan alam sekitar. Tenaga solar ialah teknologi untuk mendapatkan tenaga berguna daripada cahaya matahari atau nama lainnya tenaga suria. Penggunaan tenaga solar banyak digunakan di negara-negara Eropah dan negara yang terletak di garisan Khatulistiwa. Malaysia juga masih dalam proses untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kebaikan penggunaan tenga solar. Aktiviti yang diperkenalkan untuk tema pertama ialah seni dalam solar dan jam matahari.

Selepas tamatnya sesi pertama, webminar ini diteruskan dengan tema kedua. Tema ini diperkenalkan oleh Tuan Zahiran Hamzah. Tuan Zahiran menerangkan tentang kesan rumah hijau dan kesihatan masyarakat yang terdedah kepadanya. Pada Hari Malaysia iaitu 16 September 2020, hari yang sama dengan Hari Ozon Antarabangsa pada setiap tahun di seluruh dunia. Ozon adalah salah satu daripada gas-gas yang membentuk atmosfera. Kepentingan ozon adalah untuk menapis sinaran ultra ungu (UV) berbahaya pada sinaran matahari dari sampai ke permukaan bumi. Selain itu, impak matahari pada kesihatan kita ialah strok haba dan dehidrasi. Strok haba berlaku apabila system tubuh badan tidak dapat mengawal secara normal. Tanda-tanda strok haba ialah berhenti berpeluh, degupan jantung yang cepat, demam, sakit kepala dan muntah. Dehidrasi pula adalah suatu keadaan dimana tubuh kita kehilangan banyak air yang berpunca dari mengalami peluh yang berlebihan atau melakukan aktiviti fizikal yang melebihi had tubuh kita. Tanda-tanda dehidrasi ialah mulut kering, sembelit, kejang otot dan jantung berdebar-debar. Di samping impak buruk matahari ada juga kebaikannya. Matahari merupakan sumber vitamin D yang semula jadi. Beliau juga menerangkan tentang kesan rumah hijau iaitu pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau di dalam sesuatu ruang tertutup dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Selain itu, beliau menerangkan kaedah mengurangkan kesan rumah hijau yang dapat kita mulakan sebagai langkah pertama kita. Antaranya ialah menanam pokok, memandu kenderaan yang menggunakan petrol tanpa plumbum dan memberi pendedahan kepada umum tentang alam sekitar melalui media sosial. Aktiviti yang dilaksanakan  untuk tema ini ialah kaca mata hitam dan kesan rumah hijau.

Pada 19 Disember 2020 (Sabtu), webminar ini bermula pada pukul 8.30 sehingga 10.30 malam. Tema ketiga ialah kegunaan tenaga solar yang disampaikan oleh Prof Madya Ts Dr. Haji Mustafa bin Haji Ibrahim. Beliau menerangkan kelebihan dan keburukan tenaga solar ini. Ramai pengguna tenaga solar ini kerana sumber tenaga yang mudah diperbaharui dan dapat mengurangkan bil elektrik. Tenaga solar dalam solar panel fotovoltaik mempunyai jangka masa 30 tahun pengeluaran tenaga berterusan. Ada yang mengatakan bahawa panel solar tidak mesra alam kerana mengandungi logam toksik. Pernyataan itu salah dan jumlah logam toksik ini sangat sedikit dalam satu panel solar. Logam toksik itu ditutup sepenuhnya didalam panel dan tidak akan bersentuhan dengan persekitaran sekelilingnya. Beliau juga menerangkan tentang anatomi panel solar, solar suitbox case dan penggunaan kompas untuk penetapan peta dan membaca bereng. Aktiviti yang dilaksanakan untuk tema ini ialah sodis dan kompas.

Pada 20 Disember 2020 (Ahad), webminar ini bermula pada pukul Tema keempat ialah Go Solar! yang disampaikan oleh Miss Lau Hooi Lin dan dikenali sebagai ambassador Malaysia Scout Go Solar. Beliau berkongsi pengalaman beliau sepanjang mengikuti Scout Go Solar dalam masa yang singkat. Beliau sangat aktif dalam aktiviti ini dan berkongsi idea dan memberi pendedahan kepada kami tentang kebaikan menyertai aktiviti ini. Beliau juga berkongsi dan menjelaskan tentang projek komuniti yang wajib dilakukan. Aktiviti yang perlu dilakukan secara berkumpulan ialah Copenhagen Solar Cooker. Dalam aktiviti ini kami perlu menyediakan bahan-bahan untuk membuat solar cooker seperti kotak pizza kosong, kertas aluminium dan lain-lain.

Konklusinya, webminar ini memberi banyak pendedahan tentang penggunaan tenaga solar yang dapat diaplikasikan dan boleh dilakukan bersama rakan-rakan kelana untuk keseronokan dan menimba ilmu pengetahuan. Di samping itu, dapat menjadikan kami lebih kreatif dan inovatif untuk mereka sesuatu bahan yang melibatkan dengan tenga solar ini. Penceramah dari webminar juga ada mengatakan bahawa gunakanlah peluang projek komuniti Scout Go Solar untuk memperoleh lencana Messenger of Peace (MoP). Aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dan dapat kita selaraskan dengan ‘SDG Goals’ yang baru lagi diperkenalkan di Malaysia.

Started Ended
Number of participants
1
Service hours
18
Location
Malaysia
Topics
Legacy BWF

Share via

Share