First Camp As A Rovers
Memberikan pendedahan kepada ahli pengakap remaja mengenai apa itu kelana. Ahli pengakap remaja boleh belajar cara untuk berkawad dengan tepat, mengetahui asas ikatan kelana.
Perkhemahan Pengenalan Pengakap Kelana dan Virgil Pantai Timur yang berlangsung pada 15 hingga 17 Februari 2019 di Terengganu Advanced Technical Institute University College (TATIUC) . Seramai 300 orang peserta yang menyertai perkhemahan ini.Pelbagai aktiviti yang menarik dijalankan iaitu temuduga ,asas kawad kaki, asas ikatan kelana , pertolongan cemas ,malam muhasabah diri, program khidmat masyarakat dan malam kebudayaan. Saya ditugaskan menjadi urusetia di kem tersebut
Impak yang boleh didapati daripada perkhemahan ini ialah dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pengakap di dalam 3 negeri. Selain itu, pengakap remaja dapat menimba ilmu pengetahuan yang lebih mendalam mengenai apa itu kelana. Disamping itu, pengakap remaja juga berjaya menjalani temuduga yang dijalankan.
Apa yang saya dapat pelajari sepanjang menghadiri kem tersebut, saya dapat berkenalan dengan pengakap kelana negeri lain serta dapat belajar menguruskan masa dengan lebih sistematik sebagai seorang urusetia.