Erti ‘Amanah’ : Majlis Pentauliahan Bahagian Sandakan 19/21
Pentauliahan seorang pesuruhjaya pengakap merupakan erti amanah. Itulah yang dikatakan oleh Datuk Awang Zaini Hj. Suntim pada Majlis Pentauliahan Bahagian Sandakan Sesi 19/21. Auditorium Jabatan Perhutanan Sandakan menjadi saksi, bukan sekadar ikrar persetiaan dan lafaz sumpah, namun ‘amanah’ yang digalas perlu diterjemahkan secara seiring agar masa depan pengakap khususnya Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah lebih maju dan berkembang. Ayuh,pemimpin daerah Sandakan, Sibuga, Karamunting, Kinabatangan, Beluran dan Telupid! Kotakan janjimu dan terus positif kerana kita ialah pengakap sejati.