EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG LEDANG
Ekspedisi ini bertujuan memberi pengalaman baru kepada pelajar dan menghadapi cabaran untuk mendaki Gunung Ledang. Aktiviti ini mampu memupuk semangat setia kawan, saling bantu membantu antara satu sama lain. Aktiviti ini juga mampu meningkatkan kesihatan serta stamina pelajar dalam mengharungi cabaran yang sukar. Terdapat pelbagai pengalaman yang tidak dapat dilupakan antaranya ialah melihat matahari terbit daripada puncak Gunung Ledang yang berketinggian 1764 meter daripada aras laut. Akhir sekali aktiviti ini mampu mengajar pelajar agar mencintai dan memulihara alam semula jadi.