Ekspedisi Jalan Kaki dan Mendaki Gunung Datuk 2018

Ekspedisi Jalan Kaki dan Mendaki Gunung Datuk 2018

Pada 9 feb 2018 seramai 88 peserta berjalan kaki dari SMK Tunku Besar Tampin hingga ke Hutan Lipur Gunung Datuk sempena program EKSPEDISI JALAN KAKI DAN MENDAKI GUNUNG DATUK. Program ini diadakan setiap tahun.Iabagi memenuhi komponen Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Gangsa dan Perak.Ia melibatkan kejauhan hampir 20km dari sekolah tersebut ke Hutan Lipur Gunung Datuk.Ia bagi melatih jati diri seta ketahanan bagi membiasakan diri mereka bagi menghadapi cabaran dan dugaan pada masa akan datang.

Berikut merupakan tentatif program:

9/2/2018

  • Semua peserta berkumpul di SMK Tunku Besar untuk menerima taklimat ringkas sebelum menolak
  • Seramai 90 peserta menyertai aktiviti ini yang terdiri daripada pengakap muda, pengakap remaja dan pengakap kelana SMK Tunku Besar Tampin
  • Selepas taklimat ringkas, ekspedisi jalan dimulakan dan peserta telah berjalan kaki menuju ke kaki Hutan Lipur Gunung Datuk Rembau hampir 20km
  • Peserta telah mendirikan khemah di kawasan kaki Gunung Datuk untuk bermalam di sana

10/2/2018

  • Semua peserta bersiap sedia dengan memanaskan badan terlebih dahulu sebelum menaiki Gunung Datuk
  • Taklimat telah disampaikan oleh pihak pengurusan hutan lipur dan bertolak naik mendaki Gunung Datuk
  • Gunung Datuk yang mencatat ketinggian setinggi 2900 kaki dan mempunyai trek yang cerun dan mencabar
  • Peserta dikehendaki menyeberang tanah yang cerun dengan menggunakan tali sebagai sokongan
  • Selepas tiga jam setengah peserta telah tiba di puncak Gunung Datuk yang mempunyai batu besar ikonik
  • setelah menikmati pemandangan yg indah mereka turun dari puncak gunung yang juga mengambil masa lebih kurang 3 jam
  • siap sedia untuk malam perasmian
  • malam perasmian dirasmikan oleh YB DATO’ SERI DR. HJ. AWALUDIN BIN SAID  ADUN KOTA
  • Malam kebudayaan turut dijalankan dengan mengadakan pelbagai aktiviti pengakap seperti tarian, permainan berkumpulan dan sebagainya
  • Aktiviti perkongsian pengalaman berpengakap dijalankan oleh senior-senior pengakap untuk melahirkan semangat berpengakap di kalangan ahli pengakap SMK Tunku Besar Tampin
  1. 11/2/2018
  • Khemah diturunkan dan membuat persiapan untuk berjalan kaki balik ke SMK Tunku Besar Tampin
  • Bersiap sedia untuk berjalan pulang ke SMK Tunku Besar Tampin dengan memanaskan badan dan membuat aktiviti regangan untuk mengelakkan kecederaan
  • Perjalanan balik juga memerlukan 16km dan semua peserta telah tiba di   SMK Tunku Besar Tampin dalam keadaan yang selamat

Program ini telah memberi impak yang besar bukan sahaja dari segi fizikal malah rohani.Program ini juga telah membina asas kekuatan jati diri Pesertanya untuk menjadi lebih kuat untuk menghadapi segala rintangan.Selain itu, program ini membuktikan bahawa menimba ilmu bukan sahaja dilakukan didalam kelas malah ia boleh dilakukan di luar kelas

    Started Ended
    Number of participants
    88
    Service hours
    80
    Location
    Malaysia
    Topics
    Personal safety
    Youth Programme

    Share via

    Share