Eco Community Outreach: Green Preservation Project by Kelanasiswa KKTM Rembau
Program ini merupakan satu kolaborasi di antara Pengakap Kelanasiswa KKTM Rembau dan INSO Club yang mana di dalam program ini kami menjalankan aktiviti pemuliharaan alam di kawasan sekitar Tanjung Tuan, Port Dickson, Malaysia. Melalui program ini aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah melibatkan pembersihan di tiga kawasan utama iaitu Bukit Batu Putih, Pantai Cermin dan Pantai Blue Lagoon.