Profile picture for user aisyah syah_1_1
Malaysia

Discovery Scouts Of The World Award SMK Semambu

Kursus Discovery Scouts Of The World Award (SWA) adalah diadakan bagi memberikan pengenalan kepada ahli pengakap tentang Anugerah Pengakap Dunia dan Sustainable Development Goals (SDG).
Pada 7 sehingga 9 Februari 2020 telah diadakan Kursus Discovery Scouts Of The World Award yang bertempat di SMK Semambu Kuantan, Pahang. Seramai 120 orang peserta dari unit Pengakap Remaja dan Kelana menyertai seminar ini. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus ini, pengenalan kepada SDG's, MoP dan cara penulisan Scout.org. Sepanjang kem tersebut saya ditugaskan sebagai urusetia untuk membimbing & menguruskan peserta.
Pada akhir terakhir perkhemahan, peserta yang berjaya menyelesaikan silibus dan tugasan sepanjang kursus berjaya mendapat passport Scouts Of The World Award untuk menjalankan dan mengaplikasikan nilai SDG's dalam projek SWA mereka.
Apa yang saya pelajari sepanjang perkhemahan ini, saya berpeluang mengendalikan program, menguruskan majlis dan berkongsi pengalaman sebagai penerima Anugerah Pengakap Dunia.
Started Ended
Number of participants
150
Service hours
1800
Beneficiaries
162
Location
Malaysia
Topics
Youth Engagement
Youth Programme
Legacy BWF

Share via

Share