
Demi mu Pengarah...
Pada hari ini, terdapat beberapa orang ahli pengakap dari kumpulan KLM 30 yang terlibat dengan aktiviti gotong royong. Aktiviti gotong-royong pada hari ini adalah bertujuan untuk memindahkan barang-barang yang terdapat di dalam kediaman Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail. Aktiviti gotong-royong memindahkan barang-barang di kediaman pengarah ini adalah kerana tuan pengarah kami telah menamatkan perkhidmatannya sebagai pengarah kami semua yang akan bersara dan meluangkan masa di samping keluarga beliau. Sebagai tanda penghargaan di atas bantuan ahli-ahli pengakap yang membantu memindahkan barangan beliau, kesemua ahli pengakap telah dihidangkan sedikit minuman dan makanan ringan. Tuan pengarah juga telah memberi kami semua kata-kata ransangan dan motivasi kepada kami semua supaya sentiasa mengimbangi aktiviti kokurikulum bersama dengan akademik.