Cinta.Aman.Toleransi.Hormat di Kem Perkhemahan  Taliwas
Profile picture for user Muhammad Ruzaini Bin Awang_1
Malaysia

Cinta.Aman.Toleransi.Hormat di Kem Perkhemahan Taliwas

Permulaan kepada rasa cinta, aman, toleransi dan hormat dalam intipati ‘MESSENGER OF PEACE’ (MoP) bagi unit Pengakap Laut SMK Bukit Garam 2 Kinabatangan mulai tersemai pada 1-4 Ogos 2019 di Kem Perkhemahan Taliwas Lahad Datu. Seramai 80 orang peserta unit beruniform termasuklah Unit Pengakap Darat dan Laut menyahut cabaran dengan menyemai 4 intipati MoP tersebut. Pemimpin pengakap sentiasa menjelaskan bahawa intipati tersebut merupakan misi utama dalam sebuah perjuangan dan bukannya pertandingan semata-mata. Titik permulaan ini menjadi pemangkin dan berjaya menambahkan semangat ahli pengakap meskipun baru bertapak sebagai unit baharu bagi sekolah ini. Keindahan dan keamanan Kem Taliwas juga berjaya menerjemahkan makna kecintaan, keamanan, toleransi dan rasa menghormati sesama masyarakat apabila setiap peserta melakukan beberapa aktiviti berkaitan alam sekitar, ikhtiar hidup, kem kraf, pertolongan cemas, membina gajet dan beberapa aktiviti berkumpulan. Di samping itu, semangat kerjasama dan semangat saling menyokong juga tersemai dalam kalangan pemimpin pengakap bagi yang baharu dan lama atau lebih berpengalaman. Penghargaan diberikan kepada unit Pengakap sekolah yang membantu unit Pengakap Laut untuk terus melebarkan sayap MoP.
Started Ended
Number of participants
140
Service hours
3360
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Legacy BWF
Good Governance
Communications and Scouting Profile

Share via

Share