Ceramah Anti - Dadah
Pada 10 Mac 2017, Puan Katrina Ujin, Timbalan Pengarah AADK Negeri Sarawak telah mengadakan ceramah tentang peranan masyarakat dalam memerangi dadah. Ceramah tersebut telah diadakan di Auditorium, Pustaka Negeri Sarawak dari pukul 2:30 petang sehingga pukul 4:30 petang. Sekolah saya 01 Kuching, telah menghantar sebanyak 10 peserta. Sekolah saya dengan beberapa sekolah yang laun berjumlah kira - kira 100 pengakap. Pertamanya, beliau menjelaskan tentang dadah biasa yang digunakan di Malaysia, contohnya, Heroin dan Ganja. Beliau kemudian menjelaskan jenis dadah yang masuk ke Malaysia dan di tempat yang lazim di Malaysia dengan dadah seperti Rantau Panjang dan lain - lain. Selepas itu, beliau memainkan sebuah video pendek untuk kami bertajuk, " Tool Story ". Video tersebut menjelaskan bahawa jika kita tidak memainkan peranan masing - masing, kita tidak boleh mendapatkan perkara yang dilakukan dengan betul. Oleh itu, kita tidak boleh memainkan peranan orang lain tetapu memainkan peranan yang sesuai untuk kita sendiri. Selepas video itu, beliau menjelaskan bahawa mengambil dadah akan membuat kita menjadi psikoaktif dan akan mempengaruhi minda. Beliau juga menjelaskan empat peringkat penggunaan dadah, kesan - kesan positif dan negatif dadah. Beliau menjelaskan bagaimana gejala kesan kepada penagih dadah selepas 7 minggu. Antara kesan - kesan daripada Ganja ialah gangguan tidur, mimpi buruk, kebimbangan, selalu berpeluh dan hilang selera makan. Beliau kemudian menunjukkan statik dadah di Malaysia. Jumlah pengambilan dadah pada tahun 2015 adalah seramai 227.385 orang. Ia kemudiannya meningkat kepada 282.660 orang pada tahun 2016. Mereka beeumur 18 - 39 tahun. Beliau lalu bercakap tentang bagaimana bermula dalam program tajaan yang memberi pengetahuan dan kefahaman tentang bahayanya dadah. Akhirnya, selepas ceramah berakhir, terdapat sesi soal jawab. Kira - kira 3 hingga 4 orang bertanya soalan tentang pengambilan dadah bagi orang - orang di zaman remaja berbau gam. Beliau menjawab tentang bagaimana ibu bapa perlu mendisiplinkan anak - anak mereka. Selepas itu, kami keluar daripada auditorium dan telah diberikan beg mufin dan minuman berkotak. Saya mengambil beberapa gambar dan pulang ke rumah dengan pengetahuan baharu iaitu tentang pengambilan dadah dan mengapa kita perlu mengelakkannya.