
Celoteh si kecil manja Pengakap Khas Kinabatangan-2019
Seramai 17 orang murid pendidikan khas iaitu Pengakap Khas bersama Pengakap Khas SMK Bukit Garam 2 yang telah menyertai Perkhemahan Pengakap Khas Kali-2 Peringkat Daerah Kinabatangan pada Tahun 2019. Perkhemahan ini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Bukit Garam II, Kinabatangan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah simpulan dan ikatan, masakan rimba, sayang si buta, jungle tracking dan banyak lagi. Seramai 8 orang guru pengiring dan 15 orang petugas yang terdiri daripada Pengakap Kelana Daerah Kinabatangan turut membantu untuk memastikan perkhemahan berjalan dengan lancar. Majlis penutupan perkhemahan turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Kawasan Sandakan Zon I, Pesurujaya Daerah, dan telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Mordin bin Hj. Mohd Daud selaku pengetua SMK Bukit Garam 2.