CAMP VIGIL 1.0 ALPHA ROVERS, MARAN, PAHANG

CAMP VIGIL 1.0 ALPHA ROVERS, MARAN, PAHANG

Pada 6 sehingga 8 September 2019 yang lalu, telah berlangsungnya Camp Vigil 1.0 Alpha Rovers di Kem Tengku Puan, Maran, Pahang, Malaysia. Seramai 40 orang peserta, 3 orang guru pemimpin dan 26 orang yang terdiri daripada Kelana C Pekan, Kelana G Kuantan dan Kelana A Maran sebagai pembantu jurulatih terlibat dalam program ini.

Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang kem selama 3 hari ini adalah:

6 September 2019 (Hari pertama)

  1. Pendaftaran peserta
  2. Pembahagian patrol
  3. Penerangan Pengakap Kelana dan Sejarah Pengakap Dunia
  4. Penerangan Skim Latihan Pengakap Kelana serta Anugerah Baden Powell Award (BPA)
  5. Penerangan MoP dan laman web Scout.org
  6. Penerangan Pemakaian Uniform

7 September 2019 (Hari Kedua)

  1. Penerangan mengenai Istiadat Pagi
  2. Slot Ikatan dan Simpulan
  3. Kawad Kaki
  4. Persetiaan, Nyanyian Lagu Pengakap
  5. Bantuan Awal Kecemasan
  6. Khidmat Masyarakat
  7. Sesi Muhasabah Diri

8 September 2019 (Hari Ketiga)

  1. Istiadat Pagi
  2. Penyampaian Sijil
  3. Istiadat Penyarungan Epolet
  4. Kerja- kerja pembersihan sekitar tapak khemah dan kem

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya Daerah Maran merangkap Kokurikulum PPD Maran iaitu Tuan Azli bin Hamid.

Started Ended
Number of participants
69
Service hours
1242
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Legacy BWF
Communications and Scouting Profile
Partnerships
Youth Engagement
Youth Programme

Share via

Share