
Cabaran Mendaki Gunung Tahan 2017 oleh Kelab Mendaki Oghe Lama & Pasukan Kelana Mas
Cabaran Mendaki Gunung Tahan 2017 oleh Kelab Mendaki Oghe Lama & Pasukan Kelana Mas adalah satu Program yang dibuat sempena Sambutan 90 Tahun Pengakap Negeri Kelantan.
Pendakian ini melibatkan 11 orang pendaki yang melibatkan 4 hari 3 malam.
Gunung Tahan 2187 meter terletak di Taman Negara merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia dan keenam tertinggi di Malaysia. Gunung ini terletak di sempadan dua negeri iaitu Pahang dan Kelantan dan boleh didaki dari Merapoh di Kelantan atau dari Kampung Kuala Tahan di Pahang. Jarak Gunung Tahan dari Kuala Juram Merapoh adalah 32 km, manakala jika dari Kampung Kuala Tahan ialah kurang lebih 53 km.
Syabas dan tahniah kepada semua pendaki kerana telah berjaya mengibarkan bendera Pengakap, Bendera Malaysia dan Bendera Negeri Kelantan di Pucak Gunung Tahan Sempena Sambutan 90 Tahun Pengakap Negeri Kelantan