
Cabaran Bukan Penghalang Untuk Kejayaan
Satu perkhemahan untuk ujian lencana keris emas dan lencana jaya telah diadakan pada SK Baru, Parit Buntar. Saya telah bertugas sebagai urusetia dan penguji dalam perkhemahan tersebut. Pelbagai ujian dan aktiviti telah dijalankan, termasuk pertolongan cemas, halangan komando, kawad kaki, kawad tongkat, ikatan, expedisi, permainan dan lain-lain.
Semasa perbualan dengan peserta, mereka komen bahawa ujian-ujian yang dijalankan memang mencabarkan, terutamanya halangan komando dan expedisi. Namun begitu, saya juga dapat memupuk semangat peserta sehingga menghabiskan semua ujian yang ditetapkan. Saya harap semua peserta dapat mempelajari cabaran yang dihadapi semasa perkhemahan bukanlah penghalang, tapi ia merupakan perjalanan ke kejayaan. Semoga semua peserta dapat dianugerahi Lencana Jaya dalam masa terdekat.