Bicara Santai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak  Bersama Pemimpin Pengakap Laut & Udara

Bicara Santai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak Bersama Pemimpin Pengakap Laut & Udara

Pada 25 Mei 2021 telah berlansung program bicara santai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak bersama pemimpin pengakap udara & laut secara atas talian di Google Meet. Program ini dihadiri lebih kurang 50 orang yang terdiri daripada pemimpin dan penolong pemimpin pengakap udara dan laut. Program ini turut dihadiri sendiri oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak, Tuan Haji Azam Shah B. Abd Majid, Pesuruhjaya Kebangsaan Pengakap Udara, Capt Abdul Mueiem Sahaddih dan Pesuruhjaya KebangsaanĀ Pengakap Laut, Skipper Mohd Hilmi Bin Abu Bakar.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membincangkan hala tuju dua unit pengakap ini di negeri Perak sama ada unit pengakap muda, pengakap remaja mahupun pengakap kelana. Oleh hal yang demikian, pelbagai cadangan program dan inisiatif dapat dibincangkan bersama. Hal ini berokoran kurang penglibatan dua unit ini di kem-kem peringkat negeri mahupun kebangsaan.Hal ini kerana, pandemik COVID 19 juga merencatkan lagi pergerakan pengakap dua unit kerana pergerakan secara fizikal terbatas.

Program yang berlansung hampir 4 jam ini menghasilkan satu objektif dan target yang ingin dicapai setelah pandemik ini reda dan aktivit fizikal dapat dilaksanakan. Program seterusnya ditutup dengan ucapan penutup dan harapan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak dan kami dibenarkan bersurai.

Number of participants
50
Service hours
300
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Growth
Legacy BWF
Communications and Scouting Profile

Share via

Share