Profile picture for user julie kristy a/p ng kee choo_1
Malaysia

BICARA MINDA SMK SULTAN AHMAD SHAH

Antara perkara yang memberikan insprirasi untuk menjalankan program ini adalah untuk memberikan inspirasi kepada murid orang asli yang bersekolah di SMK Sultan Haji Ahmad Shah Cameron Highland. Program ini melibatkan 12 orang guru pelatih untuk memberikan semangat kepada murid Orang Asli khususnyanya dalam bidang pendidikan.
Program Bicara Minda telah dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah Cameron Highland (SMKSAS). Tujuan program ini dilaksanakan adalah bagi menaikkan semangat pelajar SMKSAS melalui perkenalan bersama barisan pelajar orang asli IPGKTAA yang telah berjaya melanjutkan pendidikan ke institusi pengajian tinggi. Pelbagai pengisian aktiviti yang dilakukan sepanjang program demi seperti sesi perkongsian oleh setiap fasilitator dalam kumpulan pelajar yang telah diagihkan
Tn Hj Hishamuddin yang mewakili pensyarah pembimbing telah memberikan motivasi kepada pelajar SMKSAS seramai 64 orang dan hasilnya mendapati ramai pelajar orang asli yang tersentuh dengan motivasi tersebut. Saya yang juga merupakan salah seorang fasilitator dalam program ini berasa amat gembira kerana setiap aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan yang baik daripada pelajar orang asli.
Saya berasa amat gembira dalam menjalankan program ini. Hal ini kerana saya dapat melihat semangat daripada pelajar Orang Asli yang bersungguh-sungguh menanyakan rahsia kejayaan para siswa daripada IPG. Saya berpendapat agar program sebegini perlu dilaksanakan lagi dan jangka masa program perlu dipanjangkan untuk memberikan impak positif yang lebih mendalam kepada pelajar.
Started Ended
Number of participants
15
Service hours
90
Beneficiaries
64
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Partnerships
Growth

Share via

Share