berkongsi ilmu pengakap

berkongsi ilmu pengakap

Kami seramai 9 orang Pengakap Laut Kumpulan 15, Wilyah Persekutuan Labuan telah diminta untuk mengkongsikan ilmu kepada 42 orang Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah(PBSM) dalam kemahiran ikatan dan simpulan. Program ini telah dijalankan di Makmal Biologi, SMK Mutiara dari pukul 7 hingga 9 pagi. Kami telah memberi ilmu cara, fungsi dan kegunaan bagi ikatan simpul manuk, buku sila, simpul bunga geti dan lilit dua simpul. Kami telah diminta untuk melaksanakan perkongsian ilmu ini sejak 2 bulan yang lalu oleh guru Persatuan Bulan Sabit Merah Iaitu Cikgu Siti Khadijah. Persiapan kami seperti menyediakan nota cetakkan cara dan fungsi ikatan dan tali. Halangan kami berlaku pada hari kejadian apabila tali tidak mencukupi. Kami menyelesaikan masalah ini dengan menyuruh semua ahli menggunakan tali kasut. Semua 42 orang murid dibahagikan sebanyak 8 dengan dibekalkan seorang pengakap laut untuk membimbing kumpulan tersebut. Semua kumpulan memberi respon yang baik dan positif untuk mempelajari ikatan tali. Keputusan yang baik apabila semua peserta mencapai 100% menyelesaikan 4 jenis cara ikatan yang diberikan. Terima kasih kepada guru penasihat iaitu Cikgu Kamil kerana sudi membantu mengawal ahli mereka. Semoga pencapaian Pengakap laut kali ini boleh diperluaskan dan diteruskan untuk program-program dan persatuan yang lain.
Number of participants
52
Service hours
2
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share