Berkhemah dan Mengembara : Road to Rambu PKK
Suatu Pengalaman yang sangat meletihkan tetapi menyeronokkan. Itulah yang boleh digambarkan apabila berkhemah 2 hari 1 malam di Kem Jubli Intan, Tanjong Laboh. Hari pertama mendirikan khemah bersama kawan-kawan. Di sebelah petang bermulanya mengulangkaji pengetahuan pertolongan cemas dan ujian bertulis di sebelah malam. Keesokan harinya bermula lah aktiviti pengembaraan dari kem ke tepi pantai Bukit Tanjong. Perjalanan yang dilalui dengan pelbagai stesen dan ujian. Memang seronok tapi cuaca yang panas sangat meletihkan. Setibanya di Bukit Tanjong susana tepi pantai menghilangkan rasa penat.. seronok..... kat situ kami memasak untuk makanan tengahari.. dan akhirnya kene gotong royong dan cari beberapa jenis hidupan laut. sebelah petang kami kemas dan pulang.. yeaaahh !