Bengkel World Scout Environment Programme PPM KLM

Bengkel World Scout Environment Programme PPM KLM

Pada 8-10 November yang lepas, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar di Negeri Sembilan telah mengadakan satu bengkel World Scout Environment Programme yang telah disertai seramai 38 orang dari seluruh Malaysia. Program ini turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Program Negara, Setiausaha Program Negara, Pesuruhjaya Kebangsaan Alam Sekitar dan lain-lain yang telah memberikan input yang sangat banyak berkaitan dengan program ini terutamanya tentang 5 Aims. 5 Aims tersebut adalah udara dan air yang bersih, habitat semula jadi, risiki bahan berbahaya, amalan alam sekitar dan tindakan terhadap bahaya alam sekitar serta bencana alam. Saya dapat belajar tentang pelbagai perkara yang berkaitan dengan persekitaran saya merujuk kepada 5 Aims tersebut. Oleh hal yang demikian, saya menjadi lebih peka akan persekitaran saya. Perkara ini sangat penting bagi saya yang bakal menjadi seorang guru kerana Pendidikan Alam Sekitar wajib diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dengan berbekalkan ilmu yang saya dapat daripada bengkel ini, saya akan asuh murid-murid saya terutamanya para Pengakap Kanak-Kanak untuk lebih menghargai alam sekitar.
Started Ended
Number of participants
38
Service hours
228
Topics
Youth Engagement
Legacy BWF

Share via

Share