Bengkel Penyelidikan Dan Pembangunan Pengakap Lebah Kebangsaan Siri 1/2017

Bengkel Penyelidikan Dan Pembangunan Pengakap Lebah Kebangsaan Siri 1/2017

Bengkel Penyelidikan dan Pembangunan Pengakap Lebah Siri 1/2017 telah melibatkan 24 orang perwakilan dan pakar yang berkemahiran di dalam bidang Pembangunan dan Penyelidikan Pembelajaran. Bengkel ini merupakan inisiatif susulan yang diamanahkan kepada Jawatankuasa Program Negara dalam usaha menambahbaikan Program Pengakap Lebah, bagi Persekutuan Pengakap Malaysia. Bengkel ini merupakan susulan daripada beberapa siri perbincangan yang dikendalikan oleh Ibupejabat Persekutuan Pengakap Malaysia dengan Kementerian Luar Bandar & Wilayah melalui Jabatan Perpaduan Negara [Bahagian Pendidikan Pra-Sekolah]. Bengkel pertama ini memfokuskan kepada Penyediaan Objektif-objektif Pembelajaran, yang menjadi teras kepada Pembangunan silibus Pengakap Lebah. Bagi memudahkan pemahaman, perwakilan didedahkan dengan beberapa siri latihan dalam kumpulan yang dikendalikan oleh Zairi Zaharin dan En Shaharudin sepanjang berlangsungnya bengkel ini. Pada akhir bengkel dilaksanakan, perwakilan bengkel in telah memuktamadkan beberapa pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang bagi menggerakkan aktiviti-aktiviti Pengakap Lebah di sekolah, daerah serta Negeri masing-masing. Selain itu juga, perwakilan diberi tempoh dua bulan untuk menyiapkan beberapa aktiviti-aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dengan Objektif-objektif Pembelajaran yang telah dimuktamadkan oleh para perwakilan sepanjang bengkel dilangsungkan.
Started Ended
Number of participants
24
Service hours
576

Share via

Share